Briged RELA Siswa-Siswi (RELASIS)

Penjenamaan
Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang ditubuhkan di IPT akan dikenali sebagai Briged RELA Siswa Siswi atau RELASIS dan hendaklah dirujuk sebagaimana yang sepatutnya di dalam urusan berkaitan.
Matlamat
Penubuhan RELASIS sebagai Pasukan beruniform di IPT adalah bertujuan untuk :
i. Memperkasakan Kemahiran Insaniah (soft skill) dalam kalangan pelajar.
ii. Memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.
iii. Membina semangat bekerjasama dan kesukarelaan antara mahasiswa dengan masyarakat.
Objektif
i. Melatih dan mendidik mahasiswa mengenai konsep kesukarelaan melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan, keharmonian dan keamanan setempat.
ii. Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan RELASIS sebagai anggota RELA yang berkemahiran, berkaliber, berpendidikan, berintegriti, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
iii. Meningkat dan menyemai semangat setiakawan demi memupuk perpaduan nasional.
iv. Memupuk sikap toleransi dan bertolak ansur dalam perhubungan kaum.
Keanggotaan Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS)
a) Syarat-syarat menganggotai RELASIS
Pendaftaran untuk menganggotai RELASIS adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
i. Warganegara Malaysia
ii. Pelajar-pelajar IPT yang berusia 16 tahun keatas
iii. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
iv. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain
v. Mendaftar Kokurikulum RELASIS di IPT
vi. Bebas daripada sabitan dan perlakuan jenayah
b )Keanggotaan RELASIS boleh ditamatkan / diberhentikan atas sebab-sebab berikut :
i. Tidak mematuhi Akta Peraturan-peraturan perlu Akta PAsukan Sukarelawan Malaysia
ii. Tidak mematuhi AUKU dan melanggar peraturan Universiti
iii. Lain-lain kesalahan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib RELASIS.
Bayaran Elaun
Anggota RELASIS yang telah sah keanggotaanya layak menerima elaun jika mengikuti latihan atau aktiviti yang dianjurkan oleh RELA samada diperingkat daerah, negeri atau kebangsaan tetapi tertakluk kepada keputusan Ketua Pengarah. Anggota RELASIS yang mengikuti latihan kokurikulum RELA di IPT tidak layak menerima elaun.
Elaun akan dibayar mengikut kadar yang ditetapkan tidak termasuk elaun pengangkutan dan makan.
Elaun jurulatih dan pembantu jurulatih sambilan yang mengajar aktiviti kokurikulum RELASIS akan dibayar oleh pihak RELA mengikut kadar yang ditetapkan.
Kakitangan tetap Pegawai RELASIS tidak layak menerima elaun selain daripada yang ditetapkan mengikut Pekeliling Kerajaan.
Lain-lain bauaran tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah RELA mengikut Pekeliling Kerajaan semasa.
Setiap anggota RELASIS dilindungi insuran Berkelompok RELA, tetapi tertakluk kepada perubahan semasa.
Penglibatan Majlis Rasmi Kerajaan / Nasional Anggota RELASIS digalakkan menyertai di dalam majlis, istiadat atau perayaan diperingkat kebangsaan atau negeri atau daerah yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi atau kementerian yang bertanggungjawab keatas Pasukan Sukarelawan Malaysia ataupun oleh agensi-agensi yang lain dengan kebenaran Komander RELASIS IPT.
Tugasan
Anggota RELASIS digalakkan terlibat dalam perkhidmatan sokongan untuk menjamin keselamatan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan setempat apabila diperlukan dengan sokongan Komander RELASIS tetapi dibawah penyeliaan Pegawai RELA Daerah atau Pengarah RELA Negeri berkaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan